-
Nehemia 9:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Mereka langsung tidak mahu mendengar.+ Meskipun Engkau telah melakukan banyak perbuatan yang menakjubkan di hadapan mereka, mereka masih melupakan semua perbuatan-Mu itu. Mereka menjadi degil dan telah melantik seorang ketua untuk membawa mereka kembali ke Mesir dan menjadi hamba semula.+ Tetapi Engkau Tuhan yang sedia mengampuni, penuh rahmat, berbelas kasihan, tidak cepat marah, melimpah dengan kasih yang setia,+ dan Engkau tidak meninggalkan mereka.+
-
-
Nehemia 9:29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Meskipun Engkau memberikan amaran kepada mereka dan menyuruh mereka mematuhi Hukum-Mu, mereka tetap bertindak dengan angkuh dan enggan mendengar perintah-perintah-Mu.+ Mereka berdosa kerana mereka melanggar peraturan-Mu. Biarpun peraturan-Mu dapat memberikan hidup kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya,+ mereka berpaling daripada-Mu,* bersikap keras kepala, dan tidak mahu mendengar.
-