-
Yeremia 25:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Aku akan memanggil semua keluarga dari sebelah utara,”+ firman Yehuwa, “ya Aku akan memanggil hamba-Ku,+ iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon, dan Aku akan menyuruh mereka menyerang negeri kamu+ dan penduduk di negeri kamu serta semua bangsa di sekeliling kamu.+ Aku akan memusnahkan kamu dan semua bangsa itu. Orang yang lalu di hadapan kamu akan berasa takut dan mengejek kamu.* Kamu akan menjadi reruntuhan buat selama-lamanya.
-
-
Yeremia 39:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Nebuzaradan,+ iaitu ketua pengawal istana, menawan rakyat yang masih tinggal di kota Yerusalem, orang yang telah membelot dan memihak kepadanya, dan penduduk lain yang masih hidup. Dia membawa mereka semua ke Babilon.
-