-
Yeremia 27:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Aku juga menyampaikan perkhabaran yang sama kepada Raja Zedekia+ dari Yehuda. Aku berkata, “Letakkanlah kuk raja Babilon pada tengkuk kamu. Hendaklah kamu semua menjadi hamba raja itu dan rakyatnya supaya kamu dapat terus hidup.+ 13 Yehuwa telah berfirman bahawa bangsa yang enggan tunduk kepada raja Babilon akan mati kerana kebuluran+ dan wabak penyakit,+ dan kerana dibunuh pedang.+ Adakah tuanku dan rakyat tuanku mahu mati dengan cara demikian?
-
-
Yeremia 38:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Kemudian Yeremia berkata kepada Zedekia, “Inilah firman Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: ‘Jika engkau menyerah diri kepada pegawai-pegawai raja Babilon, engkau akan selamat, dan kota ini tidak akan dibakar dengan api. Engkau dan seisi rumahmu akan terus hidup.+
-