PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 24:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Raja Yehoyakhin dari Yehuda bersama ibunya, para pegawainya, pemimpinnya, dan pegawai istananya+ menyerah diri kepada raja Babilon.+ Raja Babilon pun mengambil Yehoyakhin sebagai tawanan pada tahun kelapan pemerintahannya.+

  • 2 Raja-Raja 24:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Raja Nebukadnezar membawa Yehoyakhin+ ke Babilon sebagai tawanan.+ Raja juga membawa ibu Yehoyakhin, isteri-isterinya, para pegawai istananya, dan orang yang terkemuka, dari Yerusalem ke Babilon.

  • 2 Tawarikh 36:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Yehoyakhin+ berusia 18 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan 10 hari. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ 10 Pada awal tahun,* Raja Nebukadnezar menghantar utusan untuk membawa Yehoyakhin ke Babilon,+ bersama dengan benda-benda berharga dari Rumah Yehuwa.+ Kemudian Nebukadnezar menjadikan bapa saudara Yehoyakhin, iaitu Zedekia, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem.+

  • Yeremia 24:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Raja Nebukadnezar dari Babilon telah menawan Yekhonya*+ anak Yehoyakim,+ iaitu raja Yehuda, bersama para pemimpin Yehuda, tukang-tukang yang mahir, dan tukang besi.* Mereka semua telah ditawan dari Yerusalem dan dibawa ke Babilon.+ Setelah itu, Yehuwa menunjukkan dua buah bakul yang berisi buah ara kepadaku. Bakul-bakul itu terletak di hadapan Rumah Yehuwa.

  • Yeremia 29:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Semasa Yeremia berada di Yerusalem, dia mengirim surat kepada orang Israel yang telah dibuang negeri, iaitu semua orang yang telah dibawa oleh Nebukadnezar dari Yerusalem ke Babilon sebagai tawanan, termasuk para pemimpin, para imam, nabi, dan rakyat. 2 Yeremia berbuat demikian selepas Raja Yekhonya+ meninggalkan Yerusalem sebagai tawanan bersama bonda ratu,+ para pegawai istana, para pemimpin Yehuda, para pemimpin Yerusalem, tukang-tukang yang mahir, dan tukang besi.*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi