PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 51:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Dahulu Babilon seperti cawan emas di tangan Yehuwa;

      Babilon membuat seluruh bumi mabuk.

      Bangsa-bangsa telah minum wainnya.+

      Itulah sebabnya bangsa-bangsa itu menjadi gila.+

  • Ratapan 4:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Hai Edom yang terletak di tanah Uz, bergembiralah dan bermegahlah sekarang.+

      Cawan yang melambangkan penghakiman akan dihulurkan kepadamu juga;+ ketika itu engkau akan menjadi mabuk dan telanjang.+

  • Yehezkiel 23:32-34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:

      ‘Engkau akan minum dari cawan kakakmu, cawan yang besar dan dalam.+

      Engkau akan menjadi bahan ketawa dan ejekan kerana cawan itu penuh dengan sindiran dan ejekan.+

      33 Engkau akan dipenuhi kemabukan dan kesedihan,

      Kerana cawan itu berisi ketakutan dan kehancuran.

      Ya, itulah cawan kakakmu, Samaria.

      34 Engkau akan meminumnya sampai habis+ lalu menggigit-gigit pecahan tembikarnya,

      Dan kemudian engkau akan mengelar* buah dadamu.

      “Hal ini pasti akan berlaku kerana Aku telah mengatakannya,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’

  • Nahum 3:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Semua orang yang melihat engkau akan menjauhimu+ dan berkata,

      ‘Niniwe sudah dimusnahkan!

      Siapakah yang akan bersimpati terhadap dia?’

      Dari manakah Aku dapat mencari orang yang akan melegakan hatimu?

  • Nahum 3:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Engkau juga akan menjadi mabuk;+

      Engkau akan menyembunyikan diri.

      Engkau akan mencari perlindungan daripada musuh.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi