PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 17:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.” 14 Tetapi mereka tidak mendengarkan-Nya, dan mereka tetap berdegil seperti nenek moyang mereka yang tidak beriman terhadap Yehuwa, Tuhan mereka.+

  • Yeremia 7:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “‘Sekarang pergilah ke tempat-Ku di Silo,+ iaitu tempat pertama yang telah Aku pilih untuk memuliakan nama-Ku.+ Lihatlah apa yang telah Aku lakukan terhadap tempat itu kerana kejahatan umat-Ku Israel.+ 13 Tetapi kamu terus melakukan semua kejahatan ini,’ firman Yehuwa, ‘dan meskipun Aku berfirman kepada kamu berkali-kali, kamu enggan mendengar.+ Sudah berkali-kali Aku memanggil kamu, tetapi kamu tidak menjawab.+ 14 Oleh itu, apa yang telah Aku lakukan terhadap Silo akan Aku lakukan terhadap rumah yang dibina untuk nama-Ku,+ iaitu tempat yang kamu harapkan.+ Ya, tempat yang telah Aku berikan kepada kamu dan nenek moyang kamu akan Kuperlakukan seperti Silo.+

  • Yeremia 25:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Sejak tahun ke-13 pemerintahan Yosia+ anak Amon, raja Yehuda, sehingga hari ini, iaitu selama 23 tahun, Yehuwa telah berfirman kepadaku. Aku telah menyampaikan firman-Nya kepada kamu berkali-kali, tetapi kamu enggan mendengar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi