PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 14:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Yehuwa berfirman kepadaku, “Para nabi itu menyampaikan nubuat palsu atas nama-Ku.+ Aku tidak menyuruh mereka untuk berbuat demikian. Aku tidak mengutus mereka atau berfirman kepada mereka.+ Nubuat-nubuat mereka hanyalah penglihatan yang palsu, ramalan yang tidak berguna, dan rekaan hati mereka yang licik.+

  • Yeremia 23:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Aku tidak mengutus nabi-nabi itu, tetapi mereka lari ke situ.

      Aku tidak berfirman kepada mereka, tetapi mereka masih bernubuat.+

  • Yeremia 28:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hanania,+ “Wahai Hanania, tolonglah dengar! Yehuwa tidak mengutus kamu, tetapi kamu telah membuat rakyat mempercayai kata-kata dustamu.+

  • Yeremia 29:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Janganlah terpedaya oleh para nabi dan tukang tilik yang menipu kamu.+ Janganlah dengar tentang mimpi-mimpi yang diceritakan oleh mereka, 9 kerana ‘mereka menyampaikan nubuat-nubuat palsu atas nama-Ku meskipun Aku tidak mengutus mereka,’+ firman Yehuwa.”’”

  • Yehezkiel 13:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “Penglihatan mereka itu palsu dan nubuat mereka dusta belaka. Mereka berkata, ‘Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa,’ padahal Yehuwa tidak mengutus mereka. Namun mereka masih berharap bahawa nubuat mereka akan menjadi kenyataan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi