PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 24:14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Raja juga membawa semua penduduk Yerusalem, termasuk pemimpin,+ pahlawan yang gagah, tukang seni, dan tukang besi,*+ sebagai tawanan. Jumlah yang ditawannya ialah 10,000 orang. Tiada seorang pun yang ditinggalkan di negeri itu kecuali rakyat yang paling miskin.+ 15 Raja Nebukadnezar membawa Yehoyakhin+ ke Babilon sebagai tawanan.+ Raja juga membawa ibu Yehoyakhin, isteri-isterinya, para pegawai istananya, dan orang yang terkemuka, dari Yerusalem ke Babilon.

  • 2 Tawarikh 36:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Pada awal tahun,* Raja Nebukadnezar menghantar utusan untuk membawa Yehoyakhin ke Babilon,+ bersama dengan benda-benda berharga dari Rumah Yehuwa.+ Kemudian Nebukadnezar menjadikan bapa saudara Yehoyakhin, iaitu Zedekia, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem.+

  • Yeremia 24:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Raja Nebukadnezar dari Babilon telah menawan Yekhonya*+ anak Yehoyakim,+ iaitu raja Yehuda, bersama para pemimpin Yehuda, tukang-tukang yang mahir, dan tukang besi.* Mereka semua telah ditawan dari Yerusalem dan dibawa ke Babilon.+ Setelah itu, Yehuwa menunjukkan dua buah bakul yang berisi buah ara kepadaku. Bakul-bakul itu terletak di hadapan Rumah Yehuwa.

  • Daniel 1:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Yehuwa, Tuhan yang benar, mengizinkan Nebukadnezar menawan Yehoyakim, raja Yehuda,+ dan membawa sebahagian daripada perkakas di dalam Rumah Tuhan ke kuil tuhannya di Shinar.*+ Nebukadnezar menyimpan perkakas itu di dalam tempat penyimpanan harta tuhannya.+

      3 Kemudian Raja Nebukadnezar menyuruh Aspenas, iaitu ketua pegawai istananya, untuk membawa beberapa orang Israel kepadanya, termasuk orang yang berasal daripada keturunan raja dan bangsawan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi