PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 4:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 “Tetapi jika kamu mencari Yehuwa, Tuhan kamu, dengan sepenuh hati dan segenap jiwa,+ kamu pasti akan menemui-Nya.+

  • Ulangan 30:1-4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 “Apabila Yehuwa, Tuhan kamu, mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+ dan semua berkat dan kutukan yang aku sebutkan+ menjadi kenyataan terhadap kamu, lalu kamu teringat akan semua itu,+ 2 dan kamu serta keturunan kamu kembali kepada Yehuwa+ dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa, dan mematuhi semua perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini,+ 3 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap kamu.+ Yehuwa, Tuhan kamu, akan membawa kamu pulang daripada pembuangan+ dan Dia akan mengumpulkan kamu semula dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu.+ 4 Walaupun kamu tercerai-berai sampai ke hujung bumi, Yehuwa, Tuhan kamu, akan mengumpulkan kamu dan membawa kamu pulang.+

  • 1 Raja-Raja 8:47, 48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 tetapi jika mereka sedar dan berpaling kepada-Mu+ semasa menjadi tawanan di negeri musuh,+ lalu mereka merayu kepada-Mu dan berkata, ‘Kami telah berdosa dan berbuat salah. Kami telah berbuat jahat,’+ 48 dan mereka kembali kepada-Mu dengan sepenuh hati+ dan jiwa, serta berdoa sambil menghadap tanah yang Engkau berikan kepada nenek moyang mereka, kota yang telah Engkau pilih, dan rumah yang telah aku bina untuk nama-Mu,+

  • Yeremia 24:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Aku akan memberi mereka hati yang rela untuk mengenal Aku. Mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ Mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.+ Mereka akan kembali kepada-Ku dengan sepenuh hati.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi