PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 2:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Berikut merupakan orang* yang kembali daripada pembuangan.+ Mereka telah dibawa sebagai tawanan ke Babilon+ oleh Raja Nebukadnezar, dan kini mereka dan keturunan mereka kembali ke kota masing-masing di Yerusalem dan Yehuda.+

  • Yeremia 29:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan membenarkan kamu menemui Aku,’+ firman Yehuwa. ‘Aku akan mengumpulkan kamu biarpun Aku telah mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa di pelbagai negeri,’+ firman Yehuwa. ‘Ya, biarpun Aku membiarkan kamu ditawan, Aku akan membawa kamu pulang.’+

  • Yeremia 32:44
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 44 “‘Ladang akan dibeli dengan duit, surat-surat pembelian akan dicatatkan dan dimeterai, dan saksi-saksi akan dipanggil. Hal ini akan berlaku di negeri Benyamin,+ di kawasan sekitar Yerusalem, di kota-kota Yehuda,+ di kota-kota yang terletak di kawasan pergunungan, di kota-kota yang terletak di kawasan dataran rendah,+ dan di kota-kota yang terletak di sebelah selatan, kerana Aku akan membawa pulang orang yang telah ditawan,’+ firman Yehuwa.”

  • Yehezkiel 20:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 “‘Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa+ apabila Aku membawa kamu ke negeri Israel,+ iaitu negeri yang telah Aku janjikan kepada nenek moyang kamu.

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi