-
Yeremia 33:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 “Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Di tanah tandus ini, yang tidak didiami manusia atau ternakan, dan di semua kota di tanah ini, akan ada lagi padang rumput, tempat gembala membawa kawanan mereka untuk berehat.’+
-
-
Yehezkiel 36:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Aku akan melipatgandakan penduduk kamu, iaitu seluruh bangsa Israel. Mereka akan mendiami kota-kota kamu+ dan membina semula reruntuhan kamu.+ 11 Ya, Aku akan melipatgandakan penduduk kamu dan ternakan kamu.+ Mereka akan beranak pinak dan bertambah banyak. Kamu akan dihuni semula seperti dahulu,+ dan Aku akan membuat kamu menjadi lebih makmur daripada dahulu.+ Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
-