PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 33:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Aku akan menyucikan mereka daripada semua dosa dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka terhadap-Ku.+ Aku akan mengampunkan semua kesalahan, kesilapan, dan dosa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap-Ku.+

  • Yeremia 50:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “Pada waktu itu dan pada saat itu,” firman Yehuwa,

      “Orang akan mencari-cari kesalahan Israel,

      Tetapi mereka tidak akan menjumpainya.

      Dosa-dosa Yehuda juga tidak dapat dijumpai,

      Kerana Aku telah mengampuni semua orang yang Aku biarkan hidup.”+

  • Matius 26:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Kemudian, dia mengambil sebuah cawan. Selepas mengucapkan syukur, dia memberikan cawan itu kepada mereka sambil berkata, “Kamu semua, minumlah daripada cawan ini.+ 28 Wain di dalam cawan ini melambangkan ‘darah+ perjanjian’+ aku yang akan dicurahkan supaya dosa banyak orang+ diampunkan.+

  • Ibrani 8:10-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “‘Selepas masa itu, Aku akan membuat perjanjian ini dengan keturunan Israel,’ firman Yehuwa.* ‘Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya pada hati mereka.+ Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.+

      11 “‘Tidak ada seorang pun yang akan mengajar orang yang sebangsa dengannya dan saudara-saudaranya sendiri dengan berkata, “Kenalilah Yehuwa!”* Hal ini demikian kerana mereka semua akan mengenal Aku, daripada orang yang paling kecil sehingga orang yang paling besar. 12 Aku akan mengampunkan perbuatan jahat mereka, dan Aku tidak akan mengingat dosa-dosa mereka lagi.’”+

  • Ibrani 9:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Itulah sebabnya Kristus menjadi perantara bagi perjanjian baharu.+ Dengan demikian, mereka yang telah dipanggil oleh Tuhan dapat menerima warisan abadi yang dijanjikan oleh-Nya.+ Hal itu dapat berlaku kerana Kristus telah mati untuk menebus dan membebaskan mereka daripada kesalahan+ yang dilakukan semasa di bawah perjanjian yang sebelumnya.

  • Ibrani 10:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Kemudian kuasa suci Tuhan berkata, “Aku tidak akan mengingat dosa-dosa dan perbuatan jahat mereka lagi.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi