-
1 Raja-Raja 7:9-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Semua bangunan ini, iaitu dari asas bangunan sampai ke bahagian atas dinding sampai ke halaman besar,* dibuat daripada batu-batu yang mahal.+ Batu-batu itu dipotong menurut ukuran yang ditentukan, lalu bahagian dalam dan bahagian luarnya diratakan dengan gergaji batu.+ 10 Asas bangunan itu dibuat daripada batu-batu yang sangat besar dan mahal. Ada batu yang berukuran 10 hasta, dan ada juga yang berukuran 8 hasta. 11 Di atasnya, terdapat batu-batu mahal yang dipotong menurut ukuran yang ditentukan. Kayu-kayu sedar juga digunakan. 12 Di sekeliling halaman besar,* terdapat tembok yang terdiri daripada tiga lapis batu yang telah dipotong dan satu lapis kayu sedar, sama seperti tembok di halaman dalam+ yang mengelilingi Rumah Yehuwa dan anjung rumah itu.+
-