PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:49, 50
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 49 “Yehuwa akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk menyerang kamu,+ iaitu sebuah bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami.+ Mereka akan menyerang kamu seperti burung helang menyambar mangsanya.+ 50 Mereka merupakan sebuah bangsa yang ganas dan kejam. Mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun kanak-kanak.+

  • Yesaya 5:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Tuhan telah memberikan tanda* kepada bangsa yang jauh.+

      Dia telah bersiul untuk memanggil mereka dari hujung bumi.+

      Lihatlah! Mereka datang dengan segera.+

  • Yeremia 4:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Lihatlah! Musuh akan datang bagaikan awan yang gelap.

      Kereta-kereta kudanya seperti angin ribut.+

      Kuda-kudanya lebih pantas daripada burung helang.+

      Malanglah kita kerana kita akan binasa!

  • Habakuk 1:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Kuda mereka lebih pantas daripada harimau bintang

      Dan mereka lebih ganas daripada serigala pada waktu malam.+

      Kuda-kuda perang mereka mara ke depan.

      Angkatan kuda mereka datang dari jauh,

      Lalu mereka menyerbu seperti helang yang menyambar mangsa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi