PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 34:6-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Aku, Yehuwa, memiliki sebilah pedang.

      Pedang itu akan berlumuran darah dan diliputi lemak,+

      Iaitu darah anak bebiri jantan dan kambing,

      Dan lemak pada ginjal bebiri jantan.

      Aku, Yehuwa, akan menyediakan korban di Bozra

      Dan mengadakan pembunuhan besar-besaran di negeri Edom.+

       7 Lembu jantan liar akan dibunuh bersama bebiri dan kambing;

      Lembu jantan muda akan dibunuh bersama lembu jantan yang kuat.

      Negeri Edom akan dibanjiri darah,

      Dan tanah di situ akan diliputi lemak.”

       8 Yehuwa telah memilih hari untuk mendatangkan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya;+

      Dia telah menetapkan tahun untuk melaksanakan pembalasan terhadap mereka yang menindas Sion.+

  • Yeremia 46:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Hari itu milik Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga. Itulah harinya Dia melakukan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya. Pedang akan melahap mereka sehingga kenyang dan minum darah mereka sehingga puas, kerana Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, akan menyembelih korban-Nya di negeri utara yang berdekatan Sungai Efrat.+

  • Zefanya 1:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Hendaklah kamu berdiam diri di hadapan Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kerana hari Yehuwa sudah dekat.+

      Yehuwa telah menyediakan korban, dan Dia telah menyucikan mereka yang dijemput-Nya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi