-
Bilangan 3:6-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Bawalah suku Lewi+ ke hadapan, dan lantiklah mereka untuk membantu+ Harun yang berkhidmat sebagai imam. 7 Orang Lewi harus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Harun dan terhadap semua orang Israel yang berkumpul di hadapan khemah pertemuan. Mereka juga harus menjalankan semua tugas yang berkaitan dengan khemah suci. 8 Mereka harus menguruskan semua peralatan+ khemah pertemuan. Ya, mereka harus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap semua orang Israel dengan menjalankan segala tugas yang berkaitan dengan khemah suci.+
-
-
1 Tawarikh 9:22, 23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai. 23 Mereka dan anak-anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk mengawal pintu-pintu rumah Yehuwa,+ iaitu khemah-Nya.
-