-
1 Raja-Raja 6:31-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Dia membuat pintu masuk Bilik Maha Suci daripada kayu pain, lalu memasang ambang pintu dan tiang-tiang pintu di tepinya, yang membentuk bahagian kelima.* 32 Kedua-dua pintu itu diperbuat daripada kayu pain. Dia menghiasi kedua-dua pintu itu dengan ukiran kerub, pokok palma, dan bunga yang sedang mekar. Kemudian dia menyaluti semua itu dengan emas. Dia menggunakan tukul untuk memastikan ukiran kerub dan palma itu dilapisi emas dengan sepenuhnya. 33 Dia juga membuat tiang-tiang bagi pintu masuk Bilik Suci dengan cara yang sama. Tiang-tiang itu diperbuat daripada kayu pain, dan membentuk bahagian yang keempat.* 34 Dia membuat dua buah pintu daripada kayu juniper. Setiap pintu ada dua daun pintu yang berpusing pada paksinya.+ 35 Dia mengukir kerub, pokok palma, dan bunga yang mekar pada kedua-dua pintu itu. Selepas itu, dia melapisi ukiran-ukiran itu dengan emas.
-