PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 40:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Musa meletakkan mazbah untuk korban bakar+ di hadapan pintu masuk khemah suci, iaitu di depan khemah pertemuan. Dengan demikian dia dapat mempersembahkan korban bakar+ dan korban bijirin di atasnya, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.

  • Imamat 1:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “‘Lembu jantan itu mesti disembelih di hadapan Aku, Yehuwa. Kemudian imam-imam keturunan Harun+ akan mempersembahkan darah lembu itu. Mereka juga akan memercikkan darah itu pada setiap sisi mazbah+ yang terletak di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.

  • Imamat 8:18-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Selepas itu Musa membawa bebiri jantan untuk korban bakar, lalu Harun dan anak-anak lelakinya meletakkan tangan mereka di atas kepala bebiri itu.+ 19 Musa menyembelih bebiri itu dan memercikkan darahnya pada setiap sisi mazbah. 20 Kemudian dia memotong bebiri itu menjadi beberapa bahagian, lalu menyusun bahagian-bahagian itu bersama kepala dan lemaknya di atas api pada mazbah. 21 Musa mencuci usus dan betis bebiri itu dengan air lalu membakar seluruh korban itu sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban bakar itu menyenangkan hati Yehuwa. Musa mempersembahkan korban yang dibakar itu seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.

  • Yehezkiel 45:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Kemudian imam akan mengambil sedikit darah daripada korban dosa lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah Tuhan,+ pada keempat-empat sudut aras kedua mazbah, dan pada tiang-tiang di pintu gerbang halaman dalam.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi