-
Yeremia 15:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Jika mereka bertanya kepadamu, ‘Ke manakah kami harus pergi?’ jawablah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa:
“Sesiapa yang akan mati kerana penyakit, biarlah dia mati kerana penyakit!
Sesiapa yang akan mati kerana pedang, biarlah dia mati kerana pedang!+
Sesiapa yang akan mati kebuluran, biarlah dia mati kebuluran!
Sesiapa yang akan menjadi tawanan, biarlah dia dijadikan tawanan!”’+
-
-
Yeremia 16:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 ‘Mereka akan mati kerana penyakit,+ tetapi tiada sesiapa pun yang akan berkabung untuk mereka atau menguburkan mereka. Mereka akan dibiarkan di permukaan tanah seperti baja.+ Mereka akan mati dibunuh pedang dan mati kebuluran.+ Mayat mereka akan dimakan oleh burung di langit dan binatang liar di bumi.’
-