-
Yosua 14:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua puak dalam suku-suku Israel telah memberikan tanah Kanaan kepada orang Israel sebagai warisan mereka.+ 2 Bahagian warisan mereka ditentukan dengan membuang undi,*+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa kepada sembilan suku setengah bangsa Israel.+
-
-
Yehezkiel 47:21, 22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 “Kamu haruslah membahagikan tanah ini antara kamu sendiri, iaitu antara 12 suku Israel. 22 Kamu haruslah membahagikan tanah ini sebagai warisan untuk kamu dan untuk orang asing yang telah melahirkan anak-anak semasa mereka tinggal dalam kalangan kamu. Mereka akan menjadi seperti penduduk asli Israel dan mendapat tanah bersama-sama suku Israel yang lain.
-