PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 11:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Pada masa itu, Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya sekali lagi untuk membawa pulang umat-Nya yang masih hidup di Assyria,+ Mesir,+ Patros,+ Kus,+ Elam,+ Shinar,* Hamat, dan di pulau-pulau.+ 12 Dia akan memberikan satu tanda* untuk bangsa-bangsa, lalu mengumpulkan umat Israel yang tercerai-berai+ dan orang Yehuda yang tersebar di keempat-empat penjuru bumi.+

  • Yeremia 30:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Hai hamba-Ku Yakub, janganlah berasa takut,” firman Yehuwa,

      “Hai Israel, janganlah gentar.+

      Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh,

      Dan Aku akan menyelamatkan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan.+

      Yakub akan pulang lalu hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan.

      Tidak ada sesiapa pun yang akan membuat mereka takut.”+

      11 “Aku akan menyertaimu,” firman Yehuwa, “dan menyelamatkanmu.

      Aku telah mencerai-beraikan engkau dalam kalangan bangsa-bangsa, dan Aku akan membinasakan semua bangsa itu.+

      Tetapi Aku tidak akan membinasakanmu.+

      Namun demikian, engkau tidak akan terlepas daripada hukuman.

      Aku akan mendisiplinkan engkau dengan saksama.”+

  • Yehezkiel 34:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Aku akan membawa mereka kembali daripada bangsa-bangsa dan dari negeri-negeri lain. Aku akan mengumpulkan mereka dan membawa mereka ke negeri mereka. Aku akan memberikan makanan kepada mereka di atas gunung-gunung Israel,+ di tempat yang berhampiran anak-anak sungai, dan di tempat yang boleh didiami di negeri itu. 14 Aku akan memberikan makanan kepada mereka di padang rumput yang baik,+ dan mereka akan meragut rumput di gunung-gunung Israel yang tinggi.+ Di situ, mereka akan berbaring dan makan rumput yang terbaik.”

  • Amos 9:14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

      15 ‘Aku akan menempatkan mereka di tanah mereka,

      Iaitu tanah yang telah Kuberikan kepada mereka,

      Dan mereka tidak akan dibuang dari sana lagi.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, telah berfirman.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi