3 Kemudian cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel+ terangkat dari atas kerub-kerub* dan bergerak ke ambang pintu Rumah Tuhan.+ Dia berfirman kepada lelaki yang berpakaian linen itu, iaitu lelaki yang membawa bekas alat tulis pada pinggangnya.
4 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ terangkat dari kerub-kerub itu dan bergerak ke ambang pintu Rumah Tuhan. Rumah itu dipenuhi awan secara beransur-ansur,+ dan halaman itu menjadi sangat terang disebabkan kemuliaan Yehuwa.