-
Yeremia 2:23, 24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Bagaimanakah engkau dapat berkata, ‘Aku tidak pernah menajiskan diriku.
Aku tidak pernah mengikuti Baal’?
Lihatlah perbuatanmu di lembah.
Fikirkanlah apa yang telah engkau lakukan.
Engkau seperti unta betina yang muda dan tangkas,
Yang berlari ke sana sini, tanpa arah tuju.
24 Engkau seperti keldai liar di padang belantara,
Yang menghidu-hidu angin ketika sedang berahi.
Siapakah yang dapat mengawal keldai yang sedang berahi?
Keldai-keldai jantan tidak perlu bersusah payah mencarinya
Kerana dia pasti akan ditemui pada musim mengawan.
-