PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 14:13-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Tetapi Musa berkata kepada Yehuwa, “Engkau telah membawa umat Israel keluar dari Mesir dengan kuasa-Mu. Maka, jika Engkau berbuat demikian, orang Mesir akan mendengar tentang hal ini+ 14 dan memberitahukan hal ini kepada penduduk negeri itu. Penduduk di negeri itu pasti sudah mendengar bahawa Engkau, Yehuwa, menyertai kami.+ Mereka sudah mendengar bahawa Engkau, Yehuwa, telah menampakkan diri kepada kami,+ dan bahawa awan-Mu berada di atas perkhemahan kami. Mereka juga sudah mendengar bahawa Engkau berjalan di hadapan kami di dalam tiang awan pada siang hari, dan di dalam tiang api pada malam hari.+ 15 Jika Engkau membunuh semua umat-Mu sekali gus, bangsa-bangsa yang pernah mendengar tentang kemasyhuran-Mu pasti akan berkata, 16 ‘Yehuwa tidak mampu membawa umat-Nya ke tanah yang telah dijanjikan-Nya untuk diberikan kepada mereka. Itulah sebabnya Dia membunuh mereka di padang belantara.’+

  • Ulangan 9:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Ingatlah akan hamba-hamba-Mu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub.+ Janganlah bertumpu kepada kedegilan, kejahatan, dan dosa umat ini.+ 28 Jika Engkau membinasakan mereka, orang Mesir mungkin akan berkata, “Yehuwa tidak mampu membawa umat-Nya ke tanah yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka. Dia telah membawa mereka ke padang belantara dan membinasakan mereka di sana, kerana Dia membenci mereka.”+

  • 1 Samuel 12:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Yehuwa sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.+ Maka Yehuwa tidak akan meninggalkan umat-Nya+ demi nama-Nya yang agung.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi