-
Keluaran 32:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian Musa merayu kepada Yehuwa, Tuhannya,+ dengan berkata, “Ya Yehuwa, mengapakah Engkau murka terhadap umat-Mu setelah Engkau membebaskan mereka dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan yang besar?+ 12 Jika Engkau berbuat demikian, orang Mesir pasti berkata, ‘Dia memimpin mereka keluar dengan niat yang jahat. Dia mahu membunuh mereka di pergunungan dan memusnahkan mereka dari muka bumi ini.’+ Janganlah murka lagi dan ubahlah fikiran-Mu. Janganlah timpakan bencana ini kepada umat-Mu.
-
-
Yosua 2:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Dia berkata, “Aku tahu Yehuwa pasti akan memberi kamu negeri ini.+ Kamu telah menyebabkan kami dicengkam rasa takut,+ dan semua penduduk negeri ini sudah lemah semangat kerana kamu.+ 10 Kami mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Laut Merah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir.+ Kami juga mendengar bahawa kamu telah menghapuskan Sihon+ dan Og,+ iaitu dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan.
-
-
1 Samuel 4:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Orang Filistin pun menjadi takut. Mereka berkata, “Tuhan sudah datang ke perkhemahan itu!”+ Mereka juga berkata, “Malanglah kita! Perkara sebegini tidak pernah terjadi! 8 Malanglah kita! Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada Tuhan yang hebat ini? Semasa di padang belantara, inilah Tuhan yang telah membunuh orang Mesir dengan pelbagai tulah.+
-