-
Yeremia 3:6-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Pada zaman Raja Yosia,+ Yehuwa telah berfirman kepadaku, “‘Adakah engkau nampak apa yang telah dilakukan oleh Israel yang curang itu? Dia telah melacurkan diri di atas setiap gunung yang tinggi dan di bawah setiap pokok yang subur.+ 7 Selepas dia melakukan semua ini, Aku berkali-kali menyuruh dia untuk kembali kepada-Ku,+ tetapi dia enggan kembali. Yehuda asyik memerhatikan kakaknya, pengkhianat itu.+ 8 Apabila Aku nampak hal ini, Aku mengusir Israel yang tidak setia itu dan memberikan surat cerai+ kepadanya kerana dia telah berzina.+ Tetapi adik perempuannya, iaitu Yehuda, pengkhianat itu, tidak takut, malah dia turut menjadi pelacur.+
-
-
Yehezkiel 16:46, 47Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
46 “‘Kakakmu ialah Samaria,+ yang tinggal di sebelah utaramu* dengan anak-anak perempuannya.*+ Adik perempuanmu ialah Sodom,+ yang tinggal di sebelah selatanmu* dengan anak-anak perempuannya.+ 47 Engkau bukan sahaja mengikut haluan mereka dan amalan mereka yang menjijikkan, tetapi dalam masa yang singkat, engkau juga berkelakuan lebih jahat daripada mereka.+
-