-
Yehezkiel 5:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Satu pertiga daripada pendudukmu akan mati kerana wabak* atau kebuluran. Satu pertiga lagi akan mati ditikam pedang di sekelilingmu.+ Satu pertiga yang terakhir pula akan dicerai-beraikan ke semua arah, dan Aku akan menghunus pedang-Ku dan mengejar mereka.+ 13 Kemudian barulah Aku akan berasa puas hati dan tidak marah lagi, dan kemurkaan-Ku terhadap mereka akan reda.+ Setelah Aku menunjukkan kemurkaan-Ku, barulah mereka akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, pernah berfirman dan menuntut agar mereka menyembah Aku sahaja.+
-