-
Yeremia 43:11-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Raja itu akan datang ke Mesir dan menyerangnya.+ Sesiapa yang akan mati kerana penyakit, biarlah dia mati kerana penyakit. Sesiapa yang akan menjadi tawanan, biarlah dia dijadikan tawanan. Sesiapa yang akan mati kerana pedang, biarlah dia mati kerana pedang.+ 12 Aku akan membakar kuil-kuil tuhan orang Mesir,+ dan raja itu pasti akan membakar kuil-kuil itu dan menjadikan tuhan-tuhan itu tawanan. Sebagaimana seorang gembala memakai jubahnya dengan mudah, demikian juga raja itu akan menawan seluruh negeri Mesir dengan mudah.* Ya, dia akan berangkat dari sana tanpa gangguan.* 13 Dia akan merobohkan tugu-tugu* Bet-semes* di negeri Mesir, dan membakar kuil-kuil tuhan orang Mesir dengan api.”’”
-