-
Daniel 2:47, 48Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
47 Raja berkata kepada Daniel, “Tuhanmu sememangnya Tuhan yang agung, Penguasa atas semua raja, dan Tuhan yang menyingkapkan rahsia.+ Beta tahu akan hal itu kerana kamu dapat menyingkapkan rahsia ini.” 48 Selepas itu, raja menaikkan pangkat Daniel dan memberinya banyak hadiah yang bernilai. Dia melantik Daniel menjadi penguasa semua wilayah Babilon,+ dan ketua atas semua orang yang bijaksana di Babilon.
-