-
Ester 3:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Haman berkata kepada Raja Ahasweros, “Ada satu bangsa yang hidup dalam kalangan bangsa-bangsa lain di setiap wilayah pemerintahan tuanku.+ Bangsa ini tercerai-berai dan tersebar luas.+ Hukum mereka berlainan dengan hukum bangsa-bangsa lain, dan mereka tidak mematuhi undang-undang tuanku. Tidak baik jika tuanku membiarkan mereka bertindak sesuka hati.
-
-
Daniel 6:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Apabila Daniel mendengar bahawa perintah itu telah ditandatangani, dia pulang ke rumahnya, dan pergi ke bilik di bumbung rumahnya. Bilik itu mempunyai tingkap-tingkap terbuka yang menghadap Yerusalem.+ Seperti biasa, dia berlutut lalu berdoa dan memuji Tuhannya sebanyak tiga kali sehari.
-