PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 9:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 lalu berdoa, “Ya Tuhan, aku malu dan segan untuk mengangkat kepalaku di hadapan-Mu. Ya Tuhanku, dosa kami bertimbun-timbun di atas kepala kami sehingga mencapai langit.+ 7 Kami telah banyak berdosa sejak zaman nenek moyang kami sehingga hari ini.+ Oleh sebab kami berdosa, Engkau telah menyerahkan kami, raja kami, dan para imam kami ke dalam tangan raja-raja bangsa lain. Kami dibunuh dengan pedang,+ ditangkap,+ dirompak,+ dan dihina, seperti hari ini.+

  • Nehemia 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+

  • Nehemia 9:33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Engkau telah bertindak dengan adil dan setia. Semua hal ini menimpa kami kerana kami telah berbuat jahat.+

  • Mazmur 106:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami.+

      Ya, kami sudah melakukan apa yang salah dan apa yang jahat.+

  • Ratapan 3:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 “Kami sudah berdosa dan memberontak terhadap-Mu.+ Engkau tidak mengampuni kami.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi