PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 26:38, 39
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Banyak antara kamu yang akan mati di negeri bangsa lain,+ dan tanah di negeri musuh akan menelan kamu. 39 Kerana dosa kamu sendiri dan dosa nenek moyang kamu,+ orang lain yang masih hidup dalam kalangan kamu akan dibiarkan merana di negeri musuh.+

  • 1 Raja-Raja 9:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+ 9 Kemudian orang akan berkata, ‘Mereka telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan mereka. Dialah yang telah membawa nenek moyang mereka keluar dari negeri Mesir, tetapi mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah tuhan-tuhan itu. Itulah sebabnya Yehuwa mendatangkan semua malapetaka ini atas mereka.’”+

  • Mazmur 79:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+

      Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+

      Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+

  • Mazmur 79:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Kami telah menjadi bahan ejekan jiran-jiran kami;+

      Kami ditertawakan dan dihina oleh orang di sekeliling kami.

  • Yeremia 24:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Aku akan menyebabkan semua kerajaan di bumi menjadi takut setelah melihat malapetaka yang menimpa mereka.+ Di mana sahaja Aku mencerai-beraikan mereka, mereka akan dihina, diejek, dikutuk,+ dan dicemuh.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi