-
1 Raja-Raja 12:32, 33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Yerobeam juga memulakan satu perayaan pada hari ke-15 bulan yang kelapan, seperti perayaan di Yehuda.+ Di atas mazbah yang dibinanya di Bethel,+ dia mempersembahkan korban kepada patung-patung lembu. Dia juga melantik para imam untuk berkhidmat di tempat ibadat* yang telah dibinanya. 33 Dia mula mempersembahkan korban di atas mazbah yang dibinanya di Bethel pada hari ke-15 bulan yang kelapan, iaitu pada bulan yang dipilihnya. Demikianlah dia memulakan satu perayaan untuk orang Israel dan naik ke mazbah itu untuk mempersembahkan korban dan membakarnya sehingga asap naik.
-
-
Hosea 13:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Efraim sangat berpengaruh di Israel;+
Apabila mereka bercakap, semua orang berasa takut.
Tetapi mereka berdosa dan dihukum mati kerana menyembah Baal.+
2 Sekarang mereka melakukan lebih banyak dosa;
Dengan mahir, mereka membuat patung berhala daripada perak.+
Patung-patung logam yang dibuat itu seperti hasil buatan tukang yang mahir.
Mereka berkata, ‘Hendaklah orang yang mempersembahkan korban mencium patung anak lembu ini.’+
-