PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 23:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada masa itu, Yehuda akan diselamatkan,+ dan Israel akan hidup dengan aman.+ Inilah nama raja itu: Yehuwa ialah Keadilan Kita.”+

  • Yehezkiel 28:25, 26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Walaupun bangsa Israel tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain,+ Aku akan mengumpulkan mereka semula. Dengan demikian, Aku akan menyatakan kesucian-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain.+ Mereka akan tinggal di tanah mereka,+ iaitu tanah yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub.+ 26 Mereka akan tinggal di sana dengan aman.+ Mereka akan membina rumah-rumah dan mengusahakan ladang-ladang anggur.+ Mereka akan hidup dengan aman apabila Aku menghakimi semua bangsa di sekeliling mereka yang telah menghina mereka.+ Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.”’”

  • Yehezkiel 37:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 “Selepas itu, beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan orang Israel yang berada dalam kalangan bangsa-bangsa. Ya, Aku akan mengumpulkan mereka dari setiap arah dan membawa mereka ke negeri mereka.+

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi