PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 6:10-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Yehuwa, Tuhan kamu, telah berjanji kepada nenek moyang kamu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub, untuk memberi dan membawa kamu ke tanah itu+ yang mempunyai banyak kota yang besar dan cantik, yang tidak kamu bina.+ 11 Rumah-rumah di sana penuh dengan barang-barang yang baik, yang tidak kamu peroleh dengan usaha sendiri. Di sana juga terdapat perigi-perigi yang tidak kamu gali, dan ladang-ladang anggur serta ladang-ladang zaitun yang tidak kamu usahakan. Kamu akan mempunyai makanan yang begitu banyak sehingga kamu berasa puas sekali.+ 12 Pada masa itu, berhatilah-hatilah agar kamu tidak lupa akan Yehuwa,+ Tuhan yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.

  • Ulangan 8:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Apabila kamu puas menikmati makanan yang melimpah, dan sudah membina rumah-rumah yang indah sebagai tempat tinggal kamu,+ 13 apabila ternakan kamu sudah menjadi banyak, dan emas, perak, dan segala harta kamu sudah bertambah banyak, 14 jangan menjadi sombong+ dan melupakan Yehuwa, Tuhan yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.+

  • Ulangan 32:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Hai Yesyurun,* setelah kamu menjadi gemuk, kamu mula memberontak.

      Kamu menjadi begitu gemuk, gempal, dan gendut.+

      Kamu telah meninggalkan Tuhan yang menjadikan kamu;+

      Kamu telah menghina Tuhan yang bagaikan gunung batu, iaitu Tuhan yang menyelamatkan kamu.

  • Ulangan 32:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Kamu melupakan Tuhan yang bagaikan gunung batu,+ iaitu Tuhan yang telah menciptakan kamu.

      Kamu tidak ingat akan Tuhan yang telah menyebabkan kamu dilahirkan.+

  • Yesaya 17:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Hai Yerusalem, engkau telah melupakan Tuhan+ yang menyelamatkan engkau.

      Engkau tidak ingat akan Tuhan yang bagaikan gunung batu+ dan kubumu.

      Itulah sebabnya engkau membuat kebun-kebun yang indah

      Dan menanam tunas yang diambil daripada orang asing* di kebun-kebun itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi