PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yoel 2:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Tiuplah trompet* di Sion!+

      Teriakkanlah laungan peperangan di gunung suci Tuhan.

      Biarlah semua penduduk bumi gementar,

      Kerana hari Yehuwa akan datang!+ Ya, hari itu sudah dekat!

  • Zefanya 1:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Hendaklah kamu berdiam diri di hadapan Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kerana hari Yehuwa sudah dekat.+

      Yehuwa telah menyediakan korban, dan Dia telah menyucikan mereka yang dijemput-Nya.

  • Zefanya 1:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Hari besar Yehuwa sudah dekat!+

      Hari itu sudah hampir dan akan segera tiba!+

      Hari Yehuwa* ialah hari kesusahan.+

      Pada hari itu, pahlawan akan meraung.+

  • Zefanya 2:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Sebelum hari kemurkaan Yehuwa tiba,

      Sebelum penghakiman Tuhan dilaksanakan,

      Sebelum hari itu berlalu bagaikan sekam yang ditiup angin,+

      Dan sebelum kamu merasai bahang kemurkaan Yehuwa.

  • 2 Petrus 3:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Tetapi hari Yehuwa*+ akan datang seperti pencuri.+ Pada hari itu, langit akan lenyap+ dengan bunyi gemuruh, unsur-unsur di langit dan di bumi akan lebur kerana terlalu panas, dan bumi serta segala perbuatan yang dilakukan di dalamnya akan didedahkan.+

  • Wahyu 6:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Mereka asyik berkata kepada gunung-gunung dan batu-batu itu, “Timpalah kami+ dan sembunyikanlah kami daripada muka Dia yang duduk di atas takhta+ dan daripada kemurkaan Anak Bebiri,+ 17 kerana hari besar kemurkaan mereka sudah tiba,+ dan siapakah yang akan terselamat?”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi