PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 11:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Pada masa itu, Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya sekali lagi untuk membawa pulang umat-Nya yang masih hidup di Assyria,+ Mesir,+ Patros,+ Kus,+ Elam,+ Shinar,* Hamat, dan di pulau-pulau.+ 12 Dia akan memberikan satu tanda* untuk bangsa-bangsa, lalu mengumpulkan umat Israel yang tercerai-berai+ dan orang Yehuda yang tersebar di keempat-empat penjuru bumi.+

  • Yesaya 43:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.+

      Aku akan membawa anak cucu kamu dari timur

      Dan mengumpulkan kamu dari barat.+

       6 Aku akan berkata kepada negeri di utara, ‘Serahkan mereka!’+

      Aku akan berkata kepada negeri di selatan, ‘Jangan menahan mereka!

      Bawalah anak-anak lelaki-Ku pulang dari negeri yang jauh, dan bawalah anak-anak perempuan-Ku kembali dari segala pelosok bumi.+

  • Yesaya 49:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Lihatlah mereka yang datang dari jauh itu!+

      Ada yang datang dari utara, ada yang datang dari barat,

      Dan ada yang datang dari negeri Sinim.”+

  • Yeremia 23:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Akan tiba masanya,” firman Yehuwa, “apabila mereka tidak lagi berkata, ‘Kami bersumpah demi Yehuwa, Tuhan kami yang hidup, yang telah membawa orang Israel keluar dari Mesir!’+ 8 Sebaliknya mereka akan berkata, ‘Kami bersumpah demi Yehuwa, Tuhan kami yang hidup, yang telah membawa keturunan orang Israel keluar dari negeri di utara dan dari semua negeri tempat Dia mencerai-beraikan mereka,’ dan mereka akan tinggal di negeri mereka.”+

  • Yehezkiel 34:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Aku akan menjaga biri-biri-Ku seperti seorang gembala yang menjaga dan mengumpulkan biri-birinya yang tercerai-berai serta memberikan makanan kepada mereka.+ Pada hari yang berawan dan gelap-gelita, biri-biri-Ku tercerai-berai ke merata tempat. Namun, Aku akan menyelamatkan mereka dari semua tempat itu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi