-
Ulangan 28:49, 50Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
49 “Yehuwa akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk menyerang kamu,+ iaitu sebuah bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami.+ Mereka akan menyerang kamu seperti burung helang menyambar mangsanya.+ 50 Mereka merupakan sebuah bangsa yang ganas dan kejam. Mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun kanak-kanak.+
-
-
Yesaya 7:20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “Pada hari itu, Yehuwa akan menggunakan raja negeri Assyria,+ yang bagaikan sebilah pisau cukur yang disewa dari kawasan Sungai Efrat, untuk mencukur rambut, bulu kaki, dan janggut penduduk Yehuda.
-
-
Yesaya 8:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 kerana sebelum anak itu tahu menyebut ‘Mak’ dan ‘Ayah,’ semua harta kota Damsyik dan barang jarahan Samaria akan dibawa ke hadapan raja Assyria.”+
-