-
Yesaya 10:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Malanglah kamu yang menggubal undang-undang untuk mencelakakan rakyat+
Dan kamu yang sentiasa menulis perintah untuk menindas rakyat!
2 Kamu berbuat demikian supaya kamu tidak perlu menghiraukan aduan orang miskin
Dan dapat mengelak daripada menegakkan keadilan bagi umat Tuhan yang berkedudukan rendah.+
Kamu merampas harta para balu
Dan meragut milik anak yatim!+
-
-
Amos 5:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Aku tahu bahawa kamu selalu memberontak,
Dan Aku tahu betapa banyaknya dosa kamu.
Kamu menganiaya orang yang baik,
Kamu tidak menegakkan keadilan bagi orang miskin di pintu gerbang kota,
Dan kamu juga menerima rasuah.+
-