-
2 Raja-Raja 23:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Dia juga merobohkan mazbah di Bethel, iaitu tempat pemujaan yang dibina oleh Yerobeam anak Nebat, yang menyebabkan orang Israel berdosa.+ Selepas dia merobohkan mazbah itu dan tempat itu, dia membakar tempat itu dan menghancurkannya sehingga menjadi debu. Kemudian dia membakar tiang suci yang ada di situ.+
16 Apabila Yosia berpaling, dia nampak kuburan-kuburan yang ada di gunung. Dia mengambil tulang dari kuburan itu dan membakarnya di atas mazbah. Dia berbuat demikian agar mazbah itu tidak lagi sesuai digunakan untuk tujuan ibadat. Hal ini terjadi selaras dengan firman Yehuwa yang dinubuatkan oleh nabi-Nya.+
-
-
2 Tawarikh 31:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Sebaik sahaja perayaan itu berakhir, semua orang Israel yang ada di Yerusalem pergi ke kota-kota di Yehuda. Mereka menghancurkan tugu-tugu suci,*+ tiang-tiang suci,*+ tempat-tempat ibadat,+ dan mazbah-mazbah+ di seluruh kawasan Yehuda dan Benyamin, bahkan di Efraim dan Manasye.+ Selepas mereka memusnahkan semuanya, mereka pulang ke kota mereka. Setiap orang pulang ke rumah masing-masing.
-
-
Hosea 10:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Mereka bermuka dua;*
Kini mereka akan disabitkan bersalah.
Sesungguhnya, Aku akan menghancurkan semua mazbah dan tugu suci mereka.
-
-
Mikha 1:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Aku akan menjadikan Samaria timbunan batu di padang,
Dan sebuah tempat untuk menanam anggur;
Aku akan melemparkan batu-batunya ke dalam lembah,
Dan Aku akan membongkar batu-batu asasnya.
-