PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 27:41, 42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 41 Esau memendam perasaan benci terhadap Yakub kerana bapanya sudah memberkati Yakub.+ Esau asyik berkata dalam hatinya, “Ayah akan meninggal tidak lama lagi.+ Selepas itu, aku akan membunuh Yakub.” 42 Ada orang memberitahu Ribka apa yang dikatakan oleh Esau, maka Ribka segera memanggil Yakub dan berkata kepadanya, “Dengarlah, abangmu Esau merancang untuk membalas dendam dan membunuhmu.

  • Bilangan 20:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Namun raja Edom berkata, “Tidak boleh!”+ Kemudian dia keluar bersama angkatan tenteranya yang kuat dan perkasa untuk menemui orang Israel. 21 Memandangkan raja Edom tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya, orang Israel terpaksa beredar dari sana.+

  • Mazmur 83:4-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Mereka berkata, “Marilah kita lenyapkan seluruh bangsa ini,+

      Supaya nama Israel dilupakan sama sekali.”

       5 Mereka telah berpakat dan bersatu hati;

      Mereka telah bersekutu* untuk menentang-Mu.+

       6 Mereka ialah orang Edom dan orang Ismael,* orang Hagri+ dan Moab,+

  • Mazmur 137:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Ya Yehuwa, ingatlah

      Kata-kata orang Edom ketika Yerusalem ditawan:

      “Robohkanlah kota itu! Robohkannya sampai ke dasarnya!”+

  • Yoel 3:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Namun, Mesir akan menjadi terlantar,+

      Dan Edom akan menjadi padang belantara yang terbiar,+

      Kerana keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap orang Yehuda.+

      Mereka telah membunuh orang yang tidak bersalah di negeri orang Yehuda.+

  • Amos 1:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman,

      ‘Edom+ sudah berkali-kali memberontak.

      Mereka mengambil pedang lalu memburu saudara mereka sendiri,+

      Dan dengan penuh kemarahan mereka mencabik-cabik saudara mereka.

      Mereka enggan berbelas kasihan dan terus-menerus berdendam terhadap saudara mereka.+

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi