-
Mazmur 50:8-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Aku menegur kamu bukan kerana korban yang dipersembahkan,
Dan bukan kerana korban bakar yang sentiasa diberikan kepada-Ku.+
9 Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,
Ataupun kambing dari kandang kamu,+
10 Kerana semua binatang liar di hutan ialah kepunyaan-Ku,+
Begitu juga binatang-binatang di semua gunung.
11 Aku juga mengenal setiap burung di pergunungan;+
Semua binatang di padang yang tidak terkira jumlahnya ialah milik-Ku.
12 Jika Aku lapar, Aku tidak perlu memberitahu kamu,
Kerana bumi dan segala hasilnya merupakan kepunyaan-Ku.+
13 Perlukah Aku makan daging lembu jantan
Atau minum darah kambing?+
14 Kamu sepatutnya mengucapkan syukur sebagai korban kepada-Ku+
Dan menunaikan ikrar kamu kepada-Ku, Tuhan Yang Maha Tinggi.+
15 Kamu seharusnya berseru kepada-Ku pada masa kesusahan;+
Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuliakan Aku.”+
-