-
2 Raja-Raja 3:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Apabila raja Moab sedar bahawa dia telah kalah, dia membawa 700 orang askar yang berpedang lalu mencuba untuk menembusi pertahanan raja Edom.+ Namun usaha mereka gagal. 27 Maka dia mengambil anak sulungnya yang akan menggantikannya sebagai raja lalu mempersembahkannya sebagai korban bakar+ di atas tembok. Hal ini menimbulkan kemarahan yang dahsyat, dan orang Israel berundur dari situ lalu pulang ke negeri sendiri.
-