PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 11:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Pada masa itu, Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya sekali lagi untuk membawa pulang umat-Nya yang masih hidup di Assyria,+ Mesir,+ Patros,+ Kus,+ Elam,+ Shinar,* Hamat, dan di pulau-pulau.+ 12 Dia akan memberikan satu tanda* untuk bangsa-bangsa, lalu mengumpulkan umat Israel yang tercerai-berai+ dan orang Yehuda yang tersebar di keempat-empat penjuru bumi.+

  • Yesaya 27:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Hai orang Israel, sebagaimana orang memukul dahan yang berbuah lalu mengumpulkan buah-buah itu satu demi satu, Yehuwa akan mengumpulkan kamu semua satu demi satu,+ dari Sungai Efrat sampai ke Wadi* Mesir.+

  • Yehezkiel 28:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Walaupun bangsa Israel tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain,+ Aku akan mengumpulkan mereka semula. Dengan demikian, Aku akan menyatakan kesucian-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain.+ Mereka akan tinggal di tanah mereka,+ iaitu tanah yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub.+

  • Yehezkiel 34:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “‘“Aku sendiri yang akan memberikan makanan kepada biri-biri-Ku+ dan memberi mereka tempat untuk berehat,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 16 “Yang hilang akan Aku cari,+ yang sesat akan Aku bawa pulang, yang luka akan Aku balut, dan yang lemah akan Aku kuatkan. Tetapi yang gemuk dan yang kuat akan Aku binasakan. Aku akan menghakimi mereka dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi