PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 61:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Umat-Ku tidak akan dimalukan, sebaliknya mereka akan diberkati dua kali ganda.

      Mereka tidak akan dihina, tetapi mereka akan bersorak dengan gembira atas bahagian yang diterima.

      Mereka akan mendapat harta dua kali ganda di negeri mereka+

      Dan bersukacita untuk selama-lamanya.+

  • Yeremia 30:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Hai hamba-Ku Yakub, janganlah berasa takut,” firman Yehuwa,

      “Hai Israel, janganlah gentar.+

      Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh,

      Dan Aku akan menyelamatkan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan.+

      Yakub akan pulang lalu hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan.

      Tidak ada sesiapa pun yang akan membuat mereka takut.”+

  • Yeremia 33:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Aku akan membawa pulang orang Yehuda dan Israel yang telah ditawan,+ dan Aku akan membangun mereka supaya keadaan mereka kembali seperti dahulukala.+

  • Yeremia 33:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Aku akan bersukacita apabila mendengar nama kota ini disebut. Kota ini akan menjadi pujian dan keindahan-Ku di hadapan semua bangsa di bumi. Mereka akan mendengar tentang hal-hal baik yang telah Aku lakukan untuk kota ini.+ Ya, mereka akan berasa takut dan gentar+ kerana semua kebaikan dan kedamaian yang akan Aku curahkan ke atasnya.’”+

  • Yehezkiel 39:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan membawa pulang keturunan Yakub+ yang telah ditawan, dan menunjukkan belas kasihan kepada seluruh bangsa Israel.+ Aku akan mempertahankan nama suci-Ku dengan sungguh-sungguh.+

  • Yehezkiel 39:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Aku akan mengumpulkan mereka daripada bangsa-bangsa dan membawa mereka pulang dari negeri-negeri musuh mereka.+ Aku juga akan menyucikan diri-Ku dalam kalangan mereka di hadapan bangsa-bangsa.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi