PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 22:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Ya Yehuwa, orang dari seluruh pelosok bumi akan mengingati-Mu dan berpaling kepada-Mu;

      Semua bangsa akan bersujud di hadapan-Mu.+

  • Yesaya 2:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Pada hari-hari terakhir,

      Gunung tempat Rumah Yehuwa

      Akan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain+

      Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.

      Orang daripada segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.+

       3 Banyak bangsa akan datang dan berkata,

      “Marilah kita naik ke gunung Yehuwa

      Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+

      Dia akan mengajar kita haluan-Nya,

      Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”+

      Hukum* akan keluar dari Sion,

      Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.+

  • Yesaya 11:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Yesaya 55:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Kamu akan memanggil bangsa yang tidak kamu kenal,

      Dan bangsa yang tidak mengenal kamu akan berlari kepada kamu.

      Mereka akan berbuat demikian kerana Yehuwa, Tuhan kamu,+

      Tuhan Israel Yang Suci, akan memuliakan kamu.+

  • Yesaya 60:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Bangsa-bangsa akan datang kepada cahayamu,+

      Dan raja-raja+ akan tertarik kepada sinaranmu yang gemilang.*+

  • Hosea 1:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Tetapi pada kemudian hari, orang Israel akan menjadi sangat banyak seperti pasir di pantai, yang tidak dapat dihitung.+ Dahulu Aku pernah berkata kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’+ tetapi akan tiba masanya mereka akan disebut ‘anak-anak Tuhan yang hidup.’+

  • Mikha 4:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Banyak bangsa akan pergi dan berkata,

      “Marilah kita naik ke gunung Yehuwa,

      Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+

      Dia akan mengajar kita haluan-Nya,

      Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”

      Hukum* akan keluar dari Sion,

      Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.

  • Hagai 2:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “‘Aku akan menggoncangkan semua bangsa, dan segala sesuatu yang bernilai dalam kalangan semua bangsa akan dikumpulkan.+ Aku akan memenuhi Rumah-Ku dengan kemuliaan,’+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi