2 Jika seorang lelaki berikrar+ atau berjanji kepada Yehuwa untuk melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu, lalu dia mengangkat sumpah+ sebagai jaminan kata-katanya, dia tidak boleh memungkiri janjinya.+ Dia mesti melakukan segala yang dikatakannya.+
21 “Jika kamu berikrar kepada Yehuwa, Tuhan kamu,+ tunaikanlah ikrar itu secepat mungkin.+ Yehuwa, Tuhan kamu, menghendaki kamu menunaikan ikrar kamu itu. Kamu berdosa jika kamu tidak menunaikannya.+
4 Apabila kamu berikrar kepada Tuhan, tunaikanlah ikrar itu secepat mungkin,+ kerana Dia tidak suka orang yang bodoh.+ Tepatilah apa yang telah kamu ikrarkan.+