-
Lukas 12:22-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Kemudian dia berkata kepada murid-muridnya, “Itulah sebabnya aku berkata kepada kamu: Jangan khuatir lagi tentang hidupmu, tentang apa yang akan kamu makan, dan jangan khuatir lagi tentang tubuhmu, tentang apa yang akan kamu pakai,+ 23 kerana nyawa lebih berharga daripada makanan dan tubuh lebih berharga daripada pakaian. 24 Perhatikanlah burung gagak yang tidak menyemai benih, menuai, atau memiliki gudang ataupun jelapang. Namun Tuhan memberi burung-burung itu makanan.+ Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung-burung?+ 25 Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit* dengan berasa khuatir? 26 Jika perkara sekecil itu pun tidak dapat kamu lakukan, mengapakah kamu khuatir tentang perkara-perkara lain?+ 27 Perhatikan bagaimana bunga-bunga tumbuh. Bunga-bunga tidak bekerja atau menenun pakaian. Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa Raja Salomo dengan segala kemuliaannya pun tidak berpakaian seindah salah satu daripada bunga-bunga itu.+ 28 Mengapakah iman kamu begitu lemah? Jika tumbuh-tumbuhan di padang yang ada hari ini lalu esoknya dibuang ke dalam api pun diberi pakaian yang indah oleh Tuhan, apatah lagi dengan kamu! Sudah pasti Dia akan memberi kamu pakaian yang diperlukan.
-