PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Lukas 7:1-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Setelah Yesus selesai mengatakan semua ini kepada orang ramai, dia pergi ke Kapernaum. 2 Di situ, ada seorang pegawai tentera yang mempunyai seorang hamba yang sangat disayanginya. Hamba itu sakit tenat dan hampir meninggal.+ 3 Semasa pegawai itu mendengar tentang Yesus, dia mengutus para pemimpin orang Yahudi kepada Yesus untuk memintanya datang dan menyembuhkan hambanya. 4 Mereka datang kepada Yesus dan mula merayunya dengan bersungguh-sungguh, “Guru, dia layak mendapat bantuanmu 5 kerana dia mengasihi bangsa kita dan membina rumah ibadat di sini.” 6 Maka Yesus pergi bersama mereka. Tetapi semasa dia hampir tiba, pegawai tersebut menghantar sahabat-sahabatnya untuk berkata kepadanya, “Tuan, usahlah datang ke rumahku, kerana aku tidak layak menyambut Tuan ke dalam rumahku.+ 7 Itulah sebabnya aku tidak datang dan berjumpa dengan Tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh. 8 Aku pun menurut perintah orang lain dan aku juga mempunyai askar-askar yang menurut perintahku. Semasa aku menyuruh seorang askar, ‘Pergilah!’ dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, ‘Datanglah!’ dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, ‘Buatlah ini!’ dia pun melakukannya.” 9 Yesus kagum semasa mendengar kata-katanya lalu berpaling untuk memberitahu orang ramai yang mengikutnya, “Aku berkata kepada kamu: Bahkan di Israel pun aku belum pernah menjumpai sesiapa yang mempunyai iman sebesar iman orang ini.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi