-
Markus 5:7-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kemudian dia menjerit dengan suara yang lantang, “Hai Yesus, Anak Tuhan Yang Maha Tinggi, apa kena-mengena aku dengan kamu? Bersumpahlah demi Tuhan bahawa kamu tidak akan menyeksa aku.”+ 8 Hal itu demikian kerana Yesus telah menyuruhnya, “Roh jahat, keluarlah daripada lelaki ini!”+ 9 Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah nama kamu?” Lalu roh jahat itu menjawab, “Nama aku Legiun* kerana bilangan kami banyak sekali.” 10 Dia memohon berkali-kali agar Yesus tidak menghalau mereka keluar dari kawasan itu.+
-
-
Lukas 8:28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Apabila dia nampak Yesus, dia menjerit lalu bersujud di hadapannya dan berseru dengan suara yang lantang, “Hai Yesus, Anak Tuhan Yang Maha Tinggi, apa kena-mengena aku dengan kamu? Aku merayu kepadamu, janganlah seksa aku.”+
-